JOHOR BAHRU: Usaha menyelamatkan seorang pemandu lori yang membawa pasir seberat 40 tan mengambil masa hampir 12 jam selepas lori yang dipandunya itu terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Ibrahim, Stulang, pagi semalam.
Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba 1 Mohd Suhaimi Jamal berkata mangsa, Rosnani Siam, 47, akhirnya berjaya dikeluarkan 8.11 malam tadi, bagaimanapun beliau yang ditemukan tertimbus dengan pasir disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.51 pagi dan ketika sampai di tempat kejadian didapati sebuah lori telah terbabas dengan sebahagian badannya berada di dalam parit.
"Kerja-kerja rumit terpaksa kita hadapi apabila bahagian hadapan lori itu terbenam hampir 12 kaki (3.6 meter) ke dalam parit yang dipenuhi air.
"Kita terpaksa menggunakan kren seberat 350 tan untuk mengangkat lori pasir berkenaan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Mohd Suhaimi berkata seramai 39 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi berkenaan yang turut melibatkan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air Balai Bomba Penyelamat Skudai.
Katanya dua jentera FRT, sebuah EMRS, tiga unit RIM dan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton digunakan dalam operasi itu yang berakhir pada 8.34 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2022
Kerja-kerja menaikkan lori 45 tan yang terbabas merempuh tembok sehingga terjunam ke dalam parit di simpang lampu isyarat Jalan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, 24 Dis 2022. --fotoBERNAMA
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Pemandu lori pasir tersepit rempuh plaza tol
Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa, Amirrul Faiz Hassan, yang berusia 29 tahun, tersepit di tempat duduk pemandu.
Usaha selamatkan pemandu lori pasir ambil masa hampir 12 jam
Rosnani akhirnya berjaya dikeluarkan jam 8.11 malam, tetapi dia yang yang ditemukan tertimbus dengan pasir disahkan meninggal dunia.
Pemandu kereta maut bertembung lori pasir hilang kawalan
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya dirempuh lori pasir di Kilometer 29 Jalan Kuala Nerang, Padang Sanai-Sintok, pada Ahad.
Lori pasir 'penyambung nyawa' penduduk Bandar Seri Ehsan
Jalan tersebut hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda atau lori selepas laluan berkenaan dinaiki air setinggi dua meter.
3 sekeluarga maut kereta bertembung lori pasir
Tiga sekeluarga yang dalam perjalanan mengambil ubat maut selepas Perodua Alza dinaiki bertembung sebuah lori pasir di Kluang, hari ini.
Lori pasir rempuh tujuh kenderaan di lampu isyarat
Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku ketika lori berkenaan dikatakan menuju ke arah Bandar Baru Sungai Buloh.
Lori pasir brek rosak rempuh tiga kereta
Kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu berlaku dipercayai semasa lori terbabit dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.
Penunggang motosikal maut dilanggar lori dipercayai mengundur
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di kawasan ladang getah berhampiran Kampung Binjai, melibatkan Mohd Sofian Nurudin, 52 tahun, yang berada di belakang lori tersebut.
Kaki kanak-kanak 8 tahun hancur digilis lori pasir
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hancur kaki kanan dan cedera tangan kiri selepas digilis sebuah lori pasir.
Lori pasir terbalik, Jambatan Pulau Pinang sesak
Tayar pecah menjadi punca sebuah lori pasir terbalik di atas Jambatan Pulau Pinang menuju ke pulau.